Thursday 16 July 2015

Mini Novel : Eusoff Jelita 3


Rasa terganggu dek perit mentari membuat Jelita terpisat-pisat bangun. Dalam mamai, jam loceng di atas meja sisi katil dia capai. Jarum jam diamati dalam samar-samar. Nampak berbalam-balam. Sedaya-upaya Jelita cuba untuk fokus.
Patutlah dah ada sinar mentari, dah pukul 7.43 pagi pun. Tapi awal sangat ni… belum tengahari! Jelita kembali berbaring sambung tidur.
Haa!... 7.43 pagi? Alamak! Hari ni baru hari jumaat lah.” Jelita celik luas biji mata.
Kuliah hari ni bermula seawal 8.30 pagi! Hilang katuk sama sekali.
“Mati aku!” serta-merta Jelita melompat turun dari katil. Tuala dicapai, Jelita berlalu ke dalam kamar mandi. Itulah, lupa lagi kunci jam. Cuai tak pernah habis!
Mama bukan nak kejutkan dia awal subuh tadi. Mentang-mentanglah dia tak boleh berjemaah subuh bersama-sama. Habislah, lebih kurang 45 minit lagi kuliah bakal bermula.
Bersiap seringkas yang boleh, Jelita capai beg dan helmet menuju laju ke bawah. Langsung tak sempat menjamah sarapan yang disediakan oleh si mama. Skuter Novo putih kesayangan terus dipanjat. Enjin cuba dihidupkan tapi, tak berhasil. Berkali-kali dicuba namun, tetap juga sama.
Aduhai! Waktu beginilah motor nak meragam. Macam mana ni? Bab-bab enjin bukan kepakaran dia. Kalau gunakan, tahulah. Puk! Helmet di atas kepala Jelita tepuk kuat.
“Memanglah tak hidup, minyak kan dah kering!” Baru sekarang jelas kelihatan yang jarum meter minyak menunjukkan angka kosong.
Gara-gara kecuaian sendiri, tengahari semalam dia terpaksa menolak skuter pulang ke rumah. Nasib baik di depan pondok jaga sana. Boleh tahan berpeluh jugalah bila terpaksa mengheret motor di bawah panas terik mentari.
Toleh lagi jarum jam Fossil ditangan. Dah tepat pukul 8.01 minit. Berbaki lagi setengah jam ni. Otak Jelita dah kusut.
“Mati aku, dah lewat sangat ni. Nak tunggu bas pun dah tak sempat!” getus Jelita resah. Memikirkan wajah professor Anizah yang garang, tak semena-mena Jelita tambah rasa kecut-perut, memulas tanpa sebab. Rasa nilah yang paling dia tak gemar!
“Assalamualaikum. Hai! Pagi,” sapa satu suara garau.
Toleh je, Eusoff dah sedia tersenyum manis pada Jelita. Bukan main lagi bergaya dengan kemeja ungu terang dan slack hitam. Lengan baju kemeja dilipat kemas paras siku. Kemas dengan tali leher.
Amboi! Mamat gula-gula kapas ni nak pergi kerja atau nak pergi sesi photoshot? Atas bawah Jelita tilik pandang penampilan Eusoff. Terlajak segak kut!
Terlintas sesuatu yang bernas di dalam otak. Jelita. Tak semena-mena dengan sopan dia balas senyuman Eusoff. Semanis kurma.
Senyuman Eusoff terbantut sama sekali. Kau terkesima. Ada harapan lah ni nak  kenal. Akhirnya… bunga api meletup-letup dalam hati.
Aksi Eusoff buat Jelita terkebil-kebil. Eh! Mamat ni, dah kenapa? Nampak hantu melintas depan aku ke apa? Pun begitu Jelita masih kekalkan senyuman semanis kurma.
“Waalaikumussalam, pagi. Hmm... mintak tolong boleh?” Jelita rancang babak seterusnya. Sopan dia pinta. Masih tayang senyum. Matlamat dia sekarang, cucuk umpan dan campakkan ke dalam sungai. Selepas tu pastikan umpan diragut. 
Tapi keadaan Eusoff tetap sama. Tetap kaku.
“Tak apalah kalau tak boleh!” soal sendiri, Jelita balas jawab sendiri. Beg sandang dikemaskan pada tubuh. Bersiap-sedia jelah nak tunggu bas diluar.
Itulah, sombong tak bertempat lagi dengan mamat gula-gula kapas ni. Bila hanya dia satu-satunya penyelamat dalam keadaan genting macam ni, kan dah rugi tu. Nak menyesal pun dah tak guna. Buat rugi perasaan je.
Lambat pun lambatlah. Nak buat macam mana, memang dah salah sendiri.
“Eh! Tunggu… mestilah boleh. You nak I tolong apa?”
Horeee! Akhirnya pucuk dicita, ulam mendatang. Tak jadi Jelita nak melangkah. Kembali tayang senyuman semanis kurma.
“Nak mintak you tolong hantar I ke kelas, boleh?...” Main-main mata pula mereka berdua. Adeh! Ini yang paling Jelita tak gemar. Paksa diri buat-buat suka, padahal langsung tak suka!
“Sebenarnya I dah lewat giler ni. Lupa semalam motor dah habis minyak,” sambung Jelita lagi dengan ton suara yang paling manja. Ton nada suara orang merayu. Belum pernah lagilah dia beraksi macam ni.
Eusoff yang masih statik di tempat yang sama. Lain macam aje perubahan riak wajah dia, memekar merah. Dia kemaskan lagi lipatan lengan baju kemeja.
“Boleh tak ni? I ada masa lebih kurang 25 minit aje lagi ni.” Jelita sambung menyoal bila Eusoff asyik dengan lengan bajunya. Dah terlebih kemas apa?
Tik tok tik tok… jarum saat sedang berjalan. Boleh tahan lembap juga Eusoff ni. Otak Jelita makin serabut.
"Oh course! Why not?”
“Sungguh?” balas Jelita penuh teruja. Dengan tak sabarnya, dia dah berada di laman parkir rumah Eusoff. Betul-betul di hadapan Eusoff. Tersenyum-senyum tak segan.
“Tapi sebelum tu...” Eusoff tersengih-sengih beri isyarat tuding jari atas kepala sendiri.
Jelita balas terkebil-kebil melirik arah tudingan jari Eusoff. Kenapa dengan rambut Eusoff? Kemas dan bergaya. Ooo… nak minta pendapat heh?
“Rambut you okay je… kemas!” Jelita balas penuh jujur. Dah lambat ni. Cepatlah Eusoff oiii…
Not mine. I mean… your head!” Eusoff lepas gelak tipis seraya jari dituding pada kepala Jelita.
Jelita juring hujung mata ke atas. Gigit bibir malu. Alahai! Macam manalah dia boleh lupa. Patutlah berat je kepala, rupanya helmet masih kemas terikat. Nampak sangat gelojoh nak tumpang orang.
“Lupa!” Helmet ditanggal. Jelita tersipu-sipu malu. Pintu pagar yang memisahkan rumah mereka didekati. Berniat nak campakkan helmet ke halaman rumah sendiri tapi, serba-salah pula. Berulang kali ditoleh pandang Eusoff. Mahu taknya, ini adalah helmet kesayangan dia. Risau kalau tercalar, rosak.
“Letak je kat kerusi tu dulu,” cadang Eusoff. Muncung mulut dia pada meja santai di laman rumahnya.
“Hilang nanti macam mana?”
"I gantikan yang baru.”
Mudah Eusoff cakap bila mana bukan barang miliknya. Mulalah Jelita keluarkan jeling sipi.
Faham dengan maksud jelingan tu, Eusoff senyum. Sesuatu tentang Jelita yang dia kena faham.
“Yalah, I tolong simpankan dulu,” balas Eusoff. Dia capai helmet ditangan Jelita lalu kembali membuka pintu rumahnya.
Jelita sekadar memerhati Eusoff meletakkan helmet tersebut di tepi pintu. Sekarang barulah lega hati dia. Helmet kesayangan dia berada dalam keadaan baik-baik aje. Selamat.
“Eh! You cepatlah nanti I lewat. Mati I tau, prof tu dahlah garang giler!” Tak dipelawa Jelita terus melompat masuk ke dalam BMW Z4 milik Eusoff. Sukar nak digambarkan betapa terujanya dia bila berada di dalam kereta mewah Eusoff. Jika si abang tahu, harus jeles!
"You belajar kat mana?” soal Eusoff sebaik duduk selesa dikerusi pemandu.
“UiTM depan tu je. Drive laju-laju sikit, I tunjuk jalan,” selamba je Jelita mengarah Eusoff seperti Puan Besar. Nasib baik taman perumahan mereka di Seksyen 7, berdekatan dengan pintu pagar kedua UiTM Shah Alam.
Sebaik enjin dihidupkan dan radio dipasang, Eusoff terus menekan pedal minyak. Cekap Eusoff memandu membuatkan hati Jelita terdetik kagum.
Sekelip mata je mereka dah berada di depan lampu isyarat, di depan pintu pagar UiTM. Inilah yang dikatakan alah membeli, menang memakai. Tak rugi beli mahal-mahal bila sehebat ni.
“Ke kanan…”Jelita tunjukkan arah yang seterusnya. Dalam keadaan jalan yang dah agak lengang di dalam kawasan kampus, sebentar saja mereka sampai di hadapan Fakulti Business. Pandang dashboard, dah menunjukkan pukul 8.17 minit. Dia harus cepat!
“Okey, thanks!” Daun pintu BMW Z4 ditolak. Jelita melompat turun.
“Tunggu, nama you?” Halang Eusoff pantas menarik beg sandang yang tersangkut kemas pada batang tubuh kurus Jelita. Kuat.
Tak sempat buka langkah, Jelita tertarik masuk balik ke dalam kereta. Hish! Mamat ni, tercekik aku. Sakit. Leher dia hampir terjerut kut! Cemberut wajah Jelita.
Eusoff lepaskan, angkat kedua belah tangan. Alamak! Tak sengaja. Nasib baik tak tercekik anak orang. Eusoff tersengih kelat tayang muka bersalah.
"I'm Eusoff!” balas Eusoff melaung.
"I'm knew!” Tak menoleh Jelita angkat tangan, melambai. Dia takde masa nak berlengah-lengah lagi.
Kembang kecut hidung Eusoff. Ooo… si curly tahu dan ingat nama dia ya. Pasti terdengar perbualan dia bersama Balqis semalam. Baguslah!
Toleh jam dashboard Eusoff tarik pintu rapat. Nampaknya giliran dia pula yang kena bergegas. Dia dah lewat. Tapi nasib baiklah bos. Bolehlah nak coverline bagai!
Tapi demi gadis bernama Gee, hari-hari lewat pun Eusoff tak kisah! Tekan pedal minyak, BMW Z4 membelah jalan raya.


No comments:

Post a Comment