Wednesday 24 June 2015

Novel : Sempurna Oleh Waktu 1


Patutlah nenek beria-ria panggil aku pulang ke kampung, rupanya bersebab. Besar dan berat. Macam mana ni? Permintaan nenek langsung tak beri aku pilihan.

Buat aku rasa benar-benar tersepit. Buat aku rasa sukar nak bernafas. Entah gerangan siapa yang datang bawa hajat sebesar itu. Hajat yang tak mungkin lagi buat hari mendatang aku jadi aman-damai.

Aku angkat pandang tatap wajah nenek yang dah berkedut seribu. Redup sepasang mata tua dia memohon pengertian daripada aku. Buat aku tak sampai hati nak tolak mentah-mentah. Buat tak endah.

“Tapi nek, Adia sebenarnya tak bersedia lagi.” Aku masih cuba nak lepaskan diri. Tayang muka seposen. Macam rupa Nobita minta simpati Doraemon!

“Kami dah tua Adia,” sampuk atuk yang baru muncul dari dalam bilik. Makin buat aku rasa tak sedap hati.

Lantas aku bangun dapatkan atuk yang masih lemah sejak keluar dari Hospital minggu lepas. Biarpun atuk kata dia baik-baik aje tapi, aku tetap risau. Manalah tahu dia simpan sakit seorang diri. Tak mahu aku dan nenek risau dengan kesihatan dia yang kian merosot.

“Mari atuk, Adia tolong.” Pimpin tangan atuk, aku bawa dia ke kerusi malas. Sebaik memastikan atuk duduk dengan selesa, aku kembali dapatkan nenek.

Sejak kehilangan ayah dan ibu 11 tahun lepas, mereka yang bertanggungjawab besarkan aku. Memainkan peranan melindungi aku dengan penuh kasih-sayang. Membesarkan dan mendidik aku hingga menjadi orang yang berguna. Jasa mereka besar tidak terhitung.

“Atuk harap sangat kamu terima, Adia.” sambung atuk lagi. Sebagaimana besarnya harapan nenek, begitu juga lah atuk. Sikit pun tak kurang.

Aku ketap bibir. Telan air liur yang tak ada. Betulkan… mereka langsung tak beri aku pilihan lain melainkan setuju?! Argh! Macam mana ni? Nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak.

Ikutkan hati nak aje aku berguling-guling atas tanah tanda protes. Tak pun meroyan tak tentu hala. Dan karang tak pasal-pasal pula atuk dikejarkan semula ke Hospital. Tak ke naiya tu?! Kembang-kempis dada aku memendam rasa.

“Kalau macam tu bagi Adia masa untuk fikirkan.” Sengaja aku cari alasan nak mengelak. Manalah tahu sebulan kemudian atuk dan nenek ubah fikiran. Tiba-tiba mereka sedar yang aku ni masih muda. Belum tiba masanya lagi atau apa-apa je lah. Mungkin?!

Tapi bila muka atuk dan nenek nampak polos dengan jawapan tadi, aku jadi serba-salah. Kalau mereka dah berekpresi macam tu, jadi jangan mimpilah aku boleh fikir dulu. Jawapannya cukup mudah… tak mungkin!

Jadi aku kena juga kata setuju. Ya… setuju!

“Takde masa lah ni ya…” sambung aku gumam sendiri. Terkilan sendiri. Kecil hati sendirian. Arghh… aku-tak-nak! Kalaulah aku berani luahkan. Tapi masalahnya aku memang tak berani. Sikit pun aku tak tega!

Nenek capai pegang jari-jemari aku. Dielus-elus lembut bersulam harapan. Buat hati aku jadi sejuk. Tiba-tiba aje aku rasa terpujuk. Tak sampai hati tak nak menurut. Tak nak tunaikan permintaan mereka.

Ini yang susah bila jadi seorang cucu yang baik dan patuh. Baik dan sopan macam aku. Sampaikan perasaan sendiri sanggup dikorbankan sudahnya.

“Siapa lelaki tu, nek?” Tanya aku dengan hati separuh. Tapi ikutkan sikit pun aku tak nak ambil peduli siapa orangnya. Sekadar berbasi-basa.

“Ingat lagi tak papa Qader? Anak lelaki tunggal papa Qader kamu?”

"Papa Qader? Anak papa Qader?..." Otak aku ligat beroperasi. Siapa tu? Hmm… tak ingat lah! Aku geleng lemah pada soalan nenek.

“Adia tak ingat lah tu, neneknya…” Atuk pandang nenek.

“Papa Qader kamu tu anak sepupu moyang perempuan tiri nenek kamu,” sambung atuk.

Laa! Rupanya aku ada lagi saudara-mara yang tak dikenali. Yalah, setahu aku, kami bukannya ada ramai saudara-mara pun. Kalau ada yang satu kampung, pertalian keluarga kami sudah jauh. Pertalian bau-bau bacang. Kalau atuk dan nenek tak kenalkan, agaknya berlaga bahu pun aku memang tak kenal.

“Kalau tak silap atuk… waktu Adia umur 10 tahun mereka pernah datang sekali jenguk kita.” Nenek pula menambah. Aku angguk.

Haruslah tak ingat bila kini aku sudah pun menginjak 24 tahun. 14 tahun berlalu dan tiba-tiba pula muncul membawa hajat besar. Hajat yang tak pernah terlintas dek akalku. Datang melamar aku untuk dijadikan anak menantu. Huh! Dramatik sungguh.

“Kenapa mesti Adia?” Aku masih rasa tak puashati. Kenapa mesti aku… Ya, kenapa aku?! Alahai kau ni Adia… sepertilah ada adik-beradik perempuan lain yang tersusun untuk dipilih. Atau pun kenal calon-calon pendek Papa Qader kau yang lain. Tak cukup bijak punya soalan betullah!

“Itu yang papa Qader kamu minta, Adia. Dia minta kamu untuk satu-satunya anak lelaki tunggal dia. Atuk tak nampak sebabnya untuk kami tolak permintaan dia… untuk Adia tolak lamaran tu.” Polos betul jawapan atuk. Tenang dan lembut tapi, tajam. Tajam sampai rasa tergores gegendang telinga aku.

Kemam bibir aku tahan rasa hati yang hebat bergelora. Memanglah atuk dan nenek takde sebab nak tolak. Tapi, aku… aku ada seribu satu alasan untuk tolak selain tak bersedia sama sekali.

Aku kan baru je habis belajar. Baru je dapat kerja yang bagus. Baru je berpeluang nak balas jasa atuk dan nenek. Dan masih banyak lagi yang belum aku kecapi dalam hidup ni.

Kalau aku berkahwin, segalanya pasti terhad. Kaki terpasung dengan status seorang isteri. Tak ada lagi yang aku boleh buat sesuka hati. Putuskan sesuka hati. Tarik nafas dalam-dalam, aku hela tipis. Ya Allah… lemah sungguh hati aku!

"Terima ya, cu. Mereka keluarga baik-baik. Nenek yakin mereka boleh jaga Adia bila kami dah takde nanti." Tiba-tiba nenek bernada sebak. Pipi aku tak lepas dielus lembut.

"Nenek cakap apa ni? Adia tak suka!" Ini yang buat aku rasa nak tumpah air mata. Lemah mendengar. Biarpun mati itu pasti tapi, jangan dibangkit mudah di depan aku. Buat aku tak keruan.

Tubuh tua nenek terus aku dakap erat. Aku sayang nenek dan atuk. Sayang sangat-sangat. Ya Allah! Jangan diambil mereka lagi bila mana aku belum puas buat mereka bahagia. Masih belum benar-benar berbakti pada mereka. Hangat kelopak mata aku.

"Adia tahu kan nenek dengan atuk sayang sangat dekat Adia. Terima ya, cu. Demi kami." Lagi sekali nenek pinta. Penuh lirih.

Jadi tega ke aku nak membantah? Nak berdolak-dalih bagai? Giliran aku pula yang mengenggam erat jari-jemari nenek. Tanda simpul setuju. Simpul mati.

Bila mana hanya ini yang dapat mematikan kerisauan atuk dan nenek pada aku. Boleh gembirakan mereka. Jadi aku harus belajar untuk terima penuh tulus. Redha. Pasrah.

“Terima kasih, cu!”

Sendu hati aku makin berlagu. Senandung pilu.

Monday 15 June 2015

Mini Novel : Eusoff Jelita - Prolog

DUE date dijangka seminggu aje lagi. Tapi hari ini, Doktor Hasni perlu tolak Jelita masuk ke dalam bilik bedah. Khabarnya degup jantung si kecil kian lemah. Lehernya terbelit dengan tali pusat. Jadi pembedahan segera harus dijalankan.
Jelita pegang tangan Eusoff. Erat. Hela nafas dia dah naik turun tak sekata mendengar apa yang dituturkan oleh Doktor Hasni sebentar tadi. Apa yang harus dia buat sekarang? Dia takut. Wajah Eusoff dicari.
Up to you doc…” Eusoff redha.
“Kejap…” bicara Eusoff dipotong Jelita. Dia belum bersedia. Sama sekali tak!
Eusoff terkebil-kebil. Bila Jelita beraksi begini, mulalah dia rasa seram sejuk. Risau Jelita buat perangai kepala batu dia. Bukan senang nak pujuk.
Lebih-lebih lagi situasi sekarang melibatkan dua nyawa. Isteri yang amat dia cintai dan si anak, bukti kasih-sayang mereka.
“Kalau I nak lahirkan baby kami secara normal juga bagaimana doc? Dah tak lama kan due I?” sambung Jelita. Mata dia terarah tepat pada Doktor Hasni.
Kan betul apa yang Eusoff agak. Jelita dah mula dah! Eusoff tarik nafas lalu hela tipis. Moga-moga dia tak hilang sabar.
“Boleh…” jeda. Silih-berganti Doktor Hasni tatap wajah pasangan muda di hadapannya.
“Kalau you tak takut anak you lemas!” Doktor Hasni sambung bicara. Lembut tapi sikit pun tak enak didengar. Tepat dia pandang mata redup Jelita.
Dia arif dengan situasi ini. Tak boleh dilengahkan. Dia akan lakukan apa yang terdaya untuk menolong. Selebihnya terserah pada yang ESA.
Jelita hilang kosa kata. Jemari Eusoff tambah erat digenggam. Dia amat sayangkan kandungannya. Milik dia dan Eusoff. Bukti cinta mereka setelah pernah kehilangan sebelumnya. Tapi… jiwa dia tetap meronta!
“Sayang dengar ya cakap doktor,” pujuk Eusoff penuh asa. Pipi gebu Jelita dielus lembut.
Tolong Gee… jangan degil. Jangan buat I takut dan risau memikirkan keselamatan you dan juga baby kita! Desis hati Eusoff. Tangan Jelita diramas. Berharap Jelita faham resah hati dia.
Please take my advice!” tekan Doktor Hasni.
Jelita toleh pandang Eusoff. Nampaknya dia tiada pilihan. Dia harus dengar juga nasihat Doktor Hasni. Perlu makan pujuk rayu Eusoff. Jelita resah sendiri.
Argh!... Jelita tak mahu dibedah. Dia mahu lahirkan bayi mereka secara normal. Dia mahu melalui pengalaman ‘istimewa’ tu.
“Gee sayang, please…” Eusoff tetap tak putus-asa memujuk. Dilihat mata Jelita mula bergenang airmata. Ini yang susah. Tolak kerusi, Eusoff bangun. Biar dia yang putuskan.
Doc, just do it!” sambung Eusoff tak berlengah. Dia tak kan kalah dengan emosi yang sedang Jelita persembahkan padanya sekarang.
“Eusoff…” Jelita kemam bibir.