Friday, 17 July 2015

Novel : Hanya Lelaki Biasa - Prolog

Tarik bagasi erat, aku tolak daun pintu kamar. Muncul Tuah sama di muka pintu kamar dia. Termanggu-manggu pandang aku yang tengah tarik bagasi ni.
          “Awak nak ke mana dengan bagasi tu?” soal Tuah tak tahu hujung pangkal. Berkerut-kerut dahi dia.
            “Rumah Zahra,” jawab aku pendek. Terus aku melangkah.
            “Kenapa?” Tuah mengekor. Muka beriak tak puashati.
         “Qiqi perlukan masa,” jawab aku lagi pendek. Malas nak panjangkan cerita. Risau tersilap cakap dan aku mungkin akan dengar kata-kata balas tak menyenangkan dari mulut Tuah tu.
            “Perlukan masa? Masa apa pula ni? Awak salah makan ubat ke apa? Atau saya ada buat salah apa-apa kat awak?” Bertubi-tubi pula Tuah menyoal. Rimas aku.
            “Suamiku Encik Tuah Aqasha Zaffran. Saya perlukan masa. Perlukan masa… faham?!” tekan aku geram. Entah kenapa lembap pula Tuah malam ni.
            Pantas aku bergegas turuni anak tangga. Lega bila Tuah tak mengekor macam bayang-bayang. Dia kaku tegap di atas sana.
            “Okey, kalau ni yang awak nak. Pergilah dapatkan boyfriend awak tu!” Kuat Tuah bersuara.
            What? Boyfriend? Boleh pula Tuah fikir macam tu. Argh!... Ikut suka Tuah lah nak fikirkan apa pun. Aku buat tak endah.
            Sebaik aku pijak anak tangga terakhir, telinga aku menangkap dentuman pintu yang amat kuat. Tak pernah-pernah. Tersentak aku. Mujur tak terjelupok jatuh.
            Berhenti sejenap aku urut dada. Tarik nafas dalam-dalam. Sebaik hembus tipis aku teruskan langkah biarpun rasa berat hati.
            Kali ni aku nekad. Demi masa depan kami. Setepatnya, demi kebahagian Tuah, aku perlu lakukan. Biar apa pun kemungkinan yang bakal aku jalani nanti, asalkan bibir aku tak meniti dengan ungkapan ‘aku menyesal!’