Wednesday 15 July 2015

Mini Novel : Eusoff Jelita 1


Penat buat ulangkaji, Jelita tutup buku. Badan ditegapkan dan dia menggeliat puas. Terasa urat-urat yang bersimpul dah terlerai. Badan lebih ringan dan otak terasa lapang.
Indah sungguh suasana petang hari ni. Lapang dada bila dapat hirup udara petang yang segar. Tiba-tiba rongga hidung Jelita disajikan dengan aroma Dolce & Gabbana’s Dolce.
Melirik mata Jelita mengekor gerak Ratu Balqis, si adik yang sedari tadi leka bermain seorang diri. Tersarung kasut tumit 4-inci dan digalas sama tas tangan Calvin Klein milik si mama.
Dari jauh dapat dilihat bibir kecil Balqis yang merah menyala. Dah serupa badut. Balik mama nanti pasti urut dada. Barang-barang dia!
Malah, kalau tak silap Jelita, dah banyak kali Balqis bersalin pakaian. Dari seluar pendek hinggalah kepada dress labuh. Rona pink.
Tengah gayakan aksi pertunjukkan fesyen. Berangan nak jadi supermodel seperti Kate Moss lah tu! Jelita sungging senyum senget melihat telatah si adik.
Budak-budak. Sepertilah Jelita sendiri tak pernah beraksi seperti tu dulu. Dua kali lima aje. Malu pula bila nak dikenang.
Kemudian Balqis lambai-lambai tangan gaya ala Miss World. Adeh! Elok-elok pula tu melintas sebuah kereta milik jiran selang dua buah rumah. Tersengih Firdaus sambut aksi Balqis. Sampai Jelita rasa nak sembunyi muka bawah kerusi. Harus malu!
Balqis dah tergelak-gelak ceria. Suka bila jadi bahan perhatian. Bangga tak kena tempat.
 “Cantik kan Aqis pakai pink. Tak macam angah, macam budak laki. Orang perempuan kena cantik-cantik. Macam Aqis ni!” getus Balqis pada si kakak yang mengenakan sweater longgar dan jeans lusuh pendek. Tak berkenan betul dia.
“Amboi, mulut Aqis. Suka-suka mengata angah, ya.” Mendecit garang Jelita pada Balqis. Baru lima tahun, dah pandai dah kritik orang. Petah sungguh.
“Memang angah tak cantik!” Balqis provok lagi. Siap dengan mimik muka yang menjengkelkan. Jelita tengok rasa na terbalik anak mata.
Tiba-tiba sebuah lori berhenti di hadapan rumah teres sebelah yang kosong. Diikuti dengan sebuah kereta BMW Z4 putih.
BMW Z4? Kereta idaman tu! Tegap tubuh Jelita dengan pusingan kepala 180 darjah tepat. Model kereta yang sering mengamit perhatian dia bila di jalan raya. Terjongket dah sebelah kening teruja.
Dan buat kali kedua, terjongket lagi kening Jelita bila melihat pemilik BMW Z4 yang baru melangkah keluar. Nampak cukup bergaya biarpun hanya kenakan t- shirt polo putih dengan seluar jenis khaki paras lutut.
Hmm… bolehlah, kacak! Atas bawah ditilik pandang Jelita. Cukup syarat pandang tak berkelip.
Toleh pada Balqis, si adik dah ternganga luas pandang pemuda tadi. Dengan mata bulat bersinar-sinar. Amboi! Pantang tengok lelaki hensem. Mata langsung tak berkelip dengan mulut ternganga. Ini kalau tertelan lalat, harus tak perasan!
Jelita pandang lagi pemuda tadi. Dia sedang buka pintu pagar untuk membolehkan lori tadi masuk. Sempat juga lah lelaki tu toleh pandang pada Balqis. Dia senyum sebaik perasan aksi si cilik yang dah bertukar jadi patung cendana.
Balqis balas senyum tersipu-sipu malu. Siap dipintal-pintal hujung baju, statik berdiri bergerak ke kanan dan ke kiri. Tertunduk-tunduk. Aksi malu tergedik-gedik yang dah buat Jelita ternganga luas.
Haish! Apa dah jadi dengan adik aku yang satu ni? Perlu ke sampai macam tu sekali? desis hati Jelita yang tengah melopong.
Tak disangka-sangka, pemuda itu atur langkah mendekati pagar yang memisahkan rumah teres mereka. Langsung tak lekang dengan senyuman macam tadi. Manis. Manis macam gula-gula kapas.
Tak berlengah Balqis lari-lari anak mendekati sama. Tengok lah tu, bukan main lagi Balqis. Gedik betul!
“Hai, hensem!”
Bulat besar mata Jelita sebaik dengar si adik menyapa. Hensem? Biar betul? Siapa ajar Balqis sapa orang macam tu? Malunya.
“Nama saya Ratu Balqis… awak boleh panggil saya Aqis aje. Nama awak siapa?” sambung Balqis lagi bernada manja. Naik geli telinga Jelita dengar.
Hi sweety, nama saya Eusoff. Panggil aje abang Eusoff.” Pemuda itu memperkenalkan diri dengan ramah mesra. Sopan yang amat.
Okay. 10 markah Jelita beri!
“Apa? Aqis kena panggil awak, abang Eusoff? Apa klas! Tak nak lah Aqis. No no no…” Balqis siap angkat jari telunjuk buat aksi goyangan tidak. Tak nak berabang-abang. Sama sekali bangkang seratus-peratus.
“Aqis nak panggil Eusoff je!” sambung Balqis seterusnya. Beriak tak tahu malu.
Erkk! Jelita gigit bibir bawah. Kulit pipi dah rasa hangat hingga ke cuping telinga. Pipi telur dia dah merona merah bak udang disalai.
Ini kalau Eusoff pandang, harus dia parodi gaya burung kasawari. Sembunyi kepala dalam lubang tanah. Biar dalam-dalam. Malu kut!
Gemersik suara gelak-tawa Eusoff melayan Balqis. Seronok berkenalan dengan si cilik comel yang petah bercakap. Menghiburkan suasana.
“Aqis buat apa tu? Masuk!” laung Jelita melompat bangun. Buat aksi mak tiri. Garang. Kening terjongket dah kalahkan aksi kening Ziana Zain. Terangkat-angkat beri amaran pada si adik yang kebal malunya.
Yalah, sebelum si adik tambah malukan dia kuasa dua, jadi lebih baik dia panggil masuk kadar segera. Habis cerita!
Eusoff menoleh sama. Dia nampak perempuan berambut curly yang beriak terjongket kening. Wowww… terkesima dia. Tiba-tiba rasa bunga api dah meletup-meletup dalam hati. Tayang senyum lebar.
Perasan dengan aksi Eusoff, Jelita jeling. Apa? Dia fikir hati aku boleh dibeli dengan senyuman seperti hati Balqis? Eee… Jangan harap! Memang Jelita tak berkenan dengan si muka manis. Senyuman gula-gula kapas macam tu. Bahaya.
“Siapa tu? Kakak Aqis ke?” soal Eusoff.
">Jelita kalih pandang. Eh eh! Dia ni. Sibuk betul nak tahu pasal orang.
Balqis mula angkat jari telunjuk pada bibir. Kuis-kuis jari dengan isyarat memanggil Eusoff untuk mendekat.
Eusoff patuh. Telinga dia dah bertemu dengan bibir comel Balqis yang merah tu. Beria-ria.
“Ha’ah! Dia angah Aqis. Tapi kan, jangan kawan dengan dia tau,” bisik Balqis muncung-muncing bibir merah dia. Tak nak lah si kakak kenal dengan Eusoff dia ni. Eusoff dia seorang. Tak boleh kongsi-kongsi.
Jelita juring hujung mata. Mereka tengah bisik apa agaknya tu? Bisik pasal dia ke? Pasal dia ke? Mungkin ke? Jelita rasa tak senang.
“Kenapa?” soal Eusoff penuh tanda tanya. Pelik kenapa Balqis tak bagi dia kenal dengan si kakak tu.
Jelita cuba lagi pasang telinga namun, hampa. Perlahan sangat. Kalah berbisik dalam selimut. Kes ngumpat dialah tu. Ini yang mencanak geram. Makin cemberut wajah Jelita.
“Sebab dia garang!” Balqis angguk-angguk. Serentak mereka menoleh pada Jelita yang dah bercekak pinggang.
“Ha’ah lah! Angah Aqis garang… siapa nama dia?” Memang Eusoff akui. Muka macam orang nak cari gaduh. Pun begitu Eusoff tetap nak kenal. Tolak tepi jelah amaran Balqis tu.
“Jelita Anggun…”
Hmm... bolehlah!” Pun Eusoff akui. Memang Jelita dan anggun biarpun ber sweater longgar dengan jeans lusuh pendek macam tu. Berambut curly yang dilepas bebas. Eusoff angguk sambil pandang atas bawah. Ditilik sepenuhnya macam tengah scan X-ray.
Cantik cantik cantik! 5 bintang Eusoff bagi. Dalam hati makin meletup-meletup. Diikuti dengan degup jantung yang tambah kencang. Dah penasaran ke dia? Eusoff senyum bahagia.
Jelita jadi sebal dengan pandangan atas bawah Eusoff yang lain macam tu. Haish! Ada sesuatu yang tak kena dengan aku ke? Siap pandang atas bawah lagi tu! Terus Jelita balas jegil biji mata. Garang.
Amboi! Muka ketat. Desis Eusoff bila si curly balas begitu. Tapi Eusoff sikit pun tak heran. Eusoff tetap beri senyum manis. Jantung makin berdegup kencang. Serasa nak melonjak keluar dah pun.
Aqis faham ke tidak? Kan angah kata masuk!" Tajam Jelita tatap Balqis. Geram dengan si adik yang masih berdegil. Dahlah berani mengumpat dia dengan jiran baru tu. Suka-suka hati betullah!
“Kan betul Aqis cakap angah garang. Eusoff jangan kawan dengan anagh tau!” Balqis berbisik ingatkan lagi.
Eusoff angguk. Mata dia tetap setia pada Jelita. Entah apa sangat yang dia mahu tilik. Apa yang pasti ada sesuatu tentang si curly yang menarik minat dia. Ya, ternyata ada sesuatu. Dan hati dia yang makin rasa lain macam ni tambah yakin tentang itu!
Jelita juring hujung mata pada Eusoff lagi. Pandang-pandang! Takkan tak pernah tengok perempuan kut? Atau tak pernah tengok perempuan pegang buku kut? Tak pun tak pernah tengok perempuan berseluar pendek?!
Hmm… lantak dialah! Jelita dah bersiap-sedia nak masuk rumah. Tunggu Balqis aje yang masih berlengah-lengah.
“Bye hensem, Aqis kena masuk dulu. Kalau tak nanti angah terus pot pet pot pet sampai malam. Marah-marah Aqis. Nanti kita jumpa lagi tau!” balas Balqis bernada tak puashati. Sempat sama mengata si kakak.
Jelita beralih juring pandang pada si adik pula. Semakin hari makin menjadi-jadi pula bicara Balqis. Ada ke patut beritahu tu semua pada Eusoff!
“Okey, bye Aqis. Eusoff pun ada banyak kerja ni. Nak angkat barang-barang. Nanti senang kita berbual-bual lagi, ya.”
Balqis angguk lalu tangan kecil dia melambai-lambai Eusoff. Dan paling mengejutkan bila dia layangkan flying kiss!
Erkk!… terbeliak besar bola mata Jelita. Dari mana Balqis belajar semua ni? Ini tak lain tak bukan, mesti kerja Jimi. Haish! Along suka sangat ajar Balqis dengan benda yang bukan-bukan.
Harus Jelita malu kalau Eusoff fikir yang Balqis mewarisi sikap tak tahu malu tu dari dia. Belajar dari dia! Entah kat mana Jelita nak letak muka.
Pecah lagi tawa Eusoff. Gemersik nadanya sambil jatuh pandang lagi pada si kakak yang terkedu dengan aksi si adik. Jelas benar tengah tahan malu. Memang lucu.
“Wekkk!” jelir Balqis sebaik berselisih dengan si kakak di depan pintu masuk. Geram dengan si kakak yang gemar benar mengarah. Marah-marah dia!
“Angah tarik lidah Aqis tu karang!” balas Jelita sinis. Geram dengan telatah nakal si adik. Sepantas itu juga Balqis berlari masuk ke dalam rumah. Tahu pun takut!
Kembali Jelita toleh pandang pada Eusoff. Pastinya pandangan mata Eusoff tetap setia tatap dia. Masih tak berganjak dari situ.
Eusoff pancing Jelita dengan senyum manis lagi. Senyuman paling manis. Manalah tahu kalau-kalau kali ni si curly nak balas.
Tapi Jelita sekadar mencemik. Apa? Hebat sangat ke killer smile awak tu? Eee… langsung tak! Sebaik rambut dikuap ke belakang, Jelita menghilang masuk ke dalam rumah.
“Sombongnya…” gumam Eusoff perlahan. Namun, sudahnya tersengih-sengih sendiri. Dia suka!

No comments:

Post a Comment