Monday 15 June 2015

Mini Novel : Eusoff Jelita - Prolog

DUE date dijangka seminggu aje lagi. Tapi hari ini, Doktor Hasni perlu tolak Jelita masuk ke dalam bilik bedah. Khabarnya degup jantung si kecil kian lemah. Lehernya terbelit dengan tali pusat. Jadi pembedahan segera harus dijalankan.
Jelita pegang tangan Eusoff. Erat. Hela nafas dia dah naik turun tak sekata mendengar apa yang dituturkan oleh Doktor Hasni sebentar tadi. Apa yang harus dia buat sekarang? Dia takut. Wajah Eusoff dicari.
Up to you doc…” Eusoff redha.
“Kejap…” bicara Eusoff dipotong Jelita. Dia belum bersedia. Sama sekali tak!
Eusoff terkebil-kebil. Bila Jelita beraksi begini, mulalah dia rasa seram sejuk. Risau Jelita buat perangai kepala batu dia. Bukan senang nak pujuk.
Lebih-lebih lagi situasi sekarang melibatkan dua nyawa. Isteri yang amat dia cintai dan si anak, bukti kasih-sayang mereka.
“Kalau I nak lahirkan baby kami secara normal juga bagaimana doc? Dah tak lama kan due I?” sambung Jelita. Mata dia terarah tepat pada Doktor Hasni.
Kan betul apa yang Eusoff agak. Jelita dah mula dah! Eusoff tarik nafas lalu hela tipis. Moga-moga dia tak hilang sabar.
“Boleh…” jeda. Silih-berganti Doktor Hasni tatap wajah pasangan muda di hadapannya.
“Kalau you tak takut anak you lemas!” Doktor Hasni sambung bicara. Lembut tapi sikit pun tak enak didengar. Tepat dia pandang mata redup Jelita.
Dia arif dengan situasi ini. Tak boleh dilengahkan. Dia akan lakukan apa yang terdaya untuk menolong. Selebihnya terserah pada yang ESA.
Jelita hilang kosa kata. Jemari Eusoff tambah erat digenggam. Dia amat sayangkan kandungannya. Milik dia dan Eusoff. Bukti cinta mereka setelah pernah kehilangan sebelumnya. Tapi… jiwa dia tetap meronta!
“Sayang dengar ya cakap doktor,” pujuk Eusoff penuh asa. Pipi gebu Jelita dielus lembut.
Tolong Gee… jangan degil. Jangan buat I takut dan risau memikirkan keselamatan you dan juga baby kita! Desis hati Eusoff. Tangan Jelita diramas. Berharap Jelita faham resah hati dia.
Please take my advice!” tekan Doktor Hasni.
Jelita toleh pandang Eusoff. Nampaknya dia tiada pilihan. Dia harus dengar juga nasihat Doktor Hasni. Perlu makan pujuk rayu Eusoff. Jelita resah sendiri.
Argh!... Jelita tak mahu dibedah. Dia mahu lahirkan bayi mereka secara normal. Dia mahu melalui pengalaman ‘istimewa’ tu.
“Gee sayang, please…” Eusoff tetap tak putus-asa memujuk. Dilihat mata Jelita mula bergenang airmata. Ini yang susah. Tolak kerusi, Eusoff bangun. Biar dia yang putuskan.
Doc, just do it!” sambung Eusoff tak berlengah. Dia tak kan kalah dengan emosi yang sedang Jelita persembahkan padanya sekarang.
“Eusoff…” Jelita kemam bibir.


No comments:

Post a Comment